Friday, 16 October 2015




PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

 
SINOPSIS 
Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan. Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia. Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.
LATAR BELAKANG
Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. Sultan merupakan punca kuasa dalam semua hal ekonomi, politik dan sosial. Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu ialah Inggeris telah mengekploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan struktur penduduk, terdapat tiga ciri utama iaitu ada sembilan buah negeri, ada sistem beraja dan ada sekurang-kurangnya tiga kaum utama yang sudah biasa dengan aktiviti politik. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara mempunyai kedudukan teristimewa. Baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh didakwa dalam makhamah melainkan makhamah khas raja-raja. Majlis raja-raja pula merupakan badan rasmi paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia  dianggotai oleh semua Sembilan sultan atau raja dan empat gabenor atau Yang di-Pertua Negeri. Majlis raja-raja juga mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Langkah pindaan perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
PERSOALAN KAJIAN
    ·         Adakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut konteks raja berperlembagaan?
·         Apakah latar belakang raja-raja Melayu?
·         Apakah peranan raja-raja Melayu?
 OBJEKTIF KAJIAN
·         Mengenal pasti bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut konteks raja berperlembagaan.
·         Mengenali latar belakang raja-raja Melayu dengan lebih mendalam.
·         Mengetahui peranan raja-raja Melayu dengan lebih tepat dan jelas.


KEPENTINGAN KAJIAN
INDIVIDU
§  Dapat memahami peranan raja-raja Melayu dalam konteks raja berperlembagaan.

§  Dapat mendalami peranan majlis raja-raja sebagai satu badan yang menjaga dan menjalankan usaha mengekalkan institusi beraja dan memastikan supaya institusi raja kekal relevan.
MASYARAKAT
§  Dapat mengetahui institusi raja memberikan keseimbagan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja.

§  Dapat mendalami fungsi raja-raja sebagai satu asas yang penting dalam pembinaan sebuah negara yang berdaulat dan menjadi payung atau pelindung bagi rakyat jika berada dalam situasi rakyat disisih dan berlaku perpecahan.
NEGARA
§  Dapat mempelajari dan mengetahui funsi majlis raja-raja sebagai satu badan yang menggerakkan institusi beraja di Malaysia.

§  Dapat mengetahui bahawa Yang di-Pertua Agong merupakan simbol identiti Negara.
 
METODOLOGI KAJIAN
KAEDAH KEPUSTAKAAN
·         Merujuk daripada buku rujukan Sejarah Tingkatan 5 (Muka surat 118-120) .

·         Melayari internet untuk merujuk bahan berkaitan dengan tajuk tugasan.

·         Membaca buku teks Sejarah Tingkatan 5 serta secara online.
PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan majlis raja-raja Melayu menjadi titik tolak kepada Negara kerana kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini asalnya bermula daripada kebijaksaan raja-raja Melayu yang sebenarnya. Jika tidak menubuhkan majlis raja-raja Melayu, mesti Malaysia sudah tidak mempunyai sultan mahupun raja kerana telah lenyap institusi beraja tersebut. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai sultan atau raja yang dilihat sebagai simbol perpaduan di dalam negara.


 
 
 
 
 
 
     
 
 
 

 

 


No comments:

Post a Comment