Saturday, 17 October 2015

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN



RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan.
  2. Mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya timah dan getah)
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Penubuhan 2 agensi kerajaan :
  1. Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953
  2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Memperbaiki kemudahan asas & infrastruktur luar bandar.
  2. Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah FELDA
  3. Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar dapat dikurangkan.
  4. Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka & mengurangkan pergantungan kepada orang tengah
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan
  2. Peruntukan pembangunan ditambah dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama.
  3. Bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (Tanah Melayu, Sabah & Sarawak).
  2. Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia & kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Beberapa buah agensi kerajaan telah ditubuhkan :
  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966
  2. Bank Bumiputra 1966
  3. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967
  4. Lembaga Penasihat Tarif & Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Mengatasi & memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Penganalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat membasmi kemiskinan & menyusun semula masyrakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
  2. Penubuhan Petrleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Merupakan peringkat kedua pelaksanaa DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baru.
  2. Penekanan kepada isu alam sekitar & keselamatan negara.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah rancangan KEJORA,KETENGAH,DARA pada tahun 1980.
  2. Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA & RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan.
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar.
  2. Sektor baru diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).
  2. Membuka kawasan perindustrian baru seperti Senawang,Skudai,Bintulu,Menggatal & Likas.
  3. Membuka kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.
  4. Memperkenalkan program 'Kajian Dasar Perindustrian Malaysia & Pelan Induk Industri (PIP)'.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Mencapai perpaduan negara.
  2. Mencapai objektif DEB.
  3. Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat, perlesenan & aktiviti ekonomi yang lain.
  4. Meningkatkan pelaburan asing terutamanya sektor eksport.
  5. Menggalakkan sektor pertanian & luar bandar.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
  2. Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
  3. Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.
  4. Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
 
 TUGU NEGARA KEBANGGAAN MALAYSIA





 

TUGU NEGARA

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
        Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.[1]


SEJARAH YANG BERLAKU DI TUGU NEGARA

Dikhabarkan pengganas komunis bertindak mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).
     Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
    Namun pihak komunis telah menafikan penglibatan mereka dan menuduh ianya angkara perbuatan kerajaan sendiri sengaja merosakkan tugu tersebut yang dikatakan patung-patungnya menyerupai mirip wajah orang-orang barat seperti mempunyai hidung yang mancung supaya mempunyai alasan untuk mengubah-suai semula wajah patung tugu itu menyerupai rakyat Malaysia tanpa dituduh bersifat perkauman dengan menyalahkannya kepada pihak komunis.


2


































Friday, 16 October 2015




PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

 
SINOPSIS 
Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan. Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia. Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.
LATAR BELAKANG
Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. Sultan merupakan punca kuasa dalam semua hal ekonomi, politik dan sosial. Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu ialah Inggeris telah mengekploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan struktur penduduk, terdapat tiga ciri utama iaitu ada sembilan buah negeri, ada sistem beraja dan ada sekurang-kurangnya tiga kaum utama yang sudah biasa dengan aktiviti politik. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara mempunyai kedudukan teristimewa. Baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh didakwa dalam makhamah melainkan makhamah khas raja-raja. Majlis raja-raja pula merupakan badan rasmi paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia  dianggotai oleh semua Sembilan sultan atau raja dan empat gabenor atau Yang di-Pertua Negeri. Majlis raja-raja juga mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Langkah pindaan perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
PERSOALAN KAJIAN
    ·         Adakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut konteks raja berperlembagaan?
·         Apakah latar belakang raja-raja Melayu?
·         Apakah peranan raja-raja Melayu?
 OBJEKTIF KAJIAN
·         Mengenal pasti bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut konteks raja berperlembagaan.
·         Mengenali latar belakang raja-raja Melayu dengan lebih mendalam.
·         Mengetahui peranan raja-raja Melayu dengan lebih tepat dan jelas.


KEPENTINGAN KAJIAN
INDIVIDU
§  Dapat memahami peranan raja-raja Melayu dalam konteks raja berperlembagaan.

§  Dapat mendalami peranan majlis raja-raja sebagai satu badan yang menjaga dan menjalankan usaha mengekalkan institusi beraja dan memastikan supaya institusi raja kekal relevan.
MASYARAKAT
§  Dapat mengetahui institusi raja memberikan keseimbagan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja.

§  Dapat mendalami fungsi raja-raja sebagai satu asas yang penting dalam pembinaan sebuah negara yang berdaulat dan menjadi payung atau pelindung bagi rakyat jika berada dalam situasi rakyat disisih dan berlaku perpecahan.
NEGARA
§  Dapat mempelajari dan mengetahui funsi majlis raja-raja sebagai satu badan yang menggerakkan institusi beraja di Malaysia.

§  Dapat mengetahui bahawa Yang di-Pertua Agong merupakan simbol identiti Negara.
 
METODOLOGI KAJIAN
KAEDAH KEPUSTAKAAN
·         Merujuk daripada buku rujukan Sejarah Tingkatan 5 (Muka surat 118-120) .

·         Melayari internet untuk merujuk bahan berkaitan dengan tajuk tugasan.

·         Membaca buku teks Sejarah Tingkatan 5 serta secara online.
PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan majlis raja-raja Melayu menjadi titik tolak kepada Negara kerana kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini asalnya bermula daripada kebijaksaan raja-raja Melayu yang sebenarnya. Jika tidak menubuhkan majlis raja-raja Melayu, mesti Malaysia sudah tidak mempunyai sultan mahupun raja kerana telah lenyap institusi beraja tersebut. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai sultan atau raja yang dilihat sebagai simbol perpaduan di dalam negara.