Saturday, 17 October 2015

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN



RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan.
  2. Mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya timah dan getah)
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Penubuhan 2 agensi kerajaan :
  1. Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953
  2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Memperbaiki kemudahan asas & infrastruktur luar bandar.
  2. Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah FELDA
  3. Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar dapat dikurangkan.
  4. Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka & mengurangkan pergantungan kepada orang tengah
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan
  2. Peruntukan pembangunan ditambah dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama.
  3. Bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (Tanah Melayu, Sabah & Sarawak).
  2. Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia & kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Beberapa buah agensi kerajaan telah ditubuhkan :
  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966
  2. Bank Bumiputra 1966
  3. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967
  4. Lembaga Penasihat Tarif & Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Mengatasi & memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Penganalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat membasmi kemiskinan & menyusun semula masyrakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
  2. Penubuhan Petrleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Merupakan peringkat kedua pelaksanaa DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baru.
  2. Penekanan kepada isu alam sekitar & keselamatan negara.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah rancangan KEJORA,KETENGAH,DARA pada tahun 1980.
  2. Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA & RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan.
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar.
  2. Sektor baru diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).
  2. Membuka kawasan perindustrian baru seperti Senawang,Skudai,Bintulu,Menggatal & Likas.
  3. Membuka kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.
  4. Memperkenalkan program 'Kajian Dasar Perindustrian Malaysia & Pelan Induk Industri (PIP)'.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
  1. Mencapai perpaduan negara.
  2. Mencapai objektif DEB.
  3. Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat, perlesenan & aktiviti ekonomi yang lain.
  4. Meningkatkan pelaburan asing terutamanya sektor eksport.
  5. Menggalakkan sektor pertanian & luar bandar.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
  1. Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
  2. Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
  3. Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.
  4. Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
 
 TUGU NEGARA KEBANGGAAN MALAYSIA





 

TUGU NEGARA

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
        Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.[1]


SEJARAH YANG BERLAKU DI TUGU NEGARA

Dikhabarkan pengganas komunis bertindak mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).
     Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
    Namun pihak komunis telah menafikan penglibatan mereka dan menuduh ianya angkara perbuatan kerajaan sendiri sengaja merosakkan tugu tersebut yang dikatakan patung-patungnya menyerupai mirip wajah orang-orang barat seperti mempunyai hidung yang mancung supaya mempunyai alasan untuk mengubah-suai semula wajah patung tugu itu menyerupai rakyat Malaysia tanpa dituduh bersifat perkauman dengan menyalahkannya kepada pihak komunis.


2


































Friday, 16 October 2015




PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

 
SINOPSIS 
Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan. Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia. Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.
LATAR BELAKANG
Semenjak beratus-ratus tahun dahulu, negeri-negeri Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang pelbagai rupa. Sultan merupakan punca kuasa dalam semua hal ekonomi, politik dan sosial. Sebelum merdeka, penjajah terakhir di Tanah Melayu ialah Inggeris telah mengekploitasi sumber-sumber ekonomi secara meluas. Di saat Tanah Melayu merdeka dari segi struktur negeri dan struktur penduduk, terdapat tiga ciri utama iaitu ada sembilan buah negeri, ada sistem beraja dan ada sekurang-kurangnya tiga kaum utama yang sudah biasa dengan aktiviti politik. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara mempunyai kedudukan teristimewa. Baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi dan tidak boleh didakwa dalam makhamah melainkan makhamah khas raja-raja. Majlis raja-raja pula merupakan badan rasmi paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia  dianggotai oleh semua Sembilan sultan atau raja dan empat gabenor atau Yang di-Pertua Negeri. Majlis raja-raja juga mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Langkah pindaan perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
PERSOALAN KAJIAN
    ·         Adakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut konteks raja berperlembagaan?
·         Apakah latar belakang raja-raja Melayu?
·         Apakah peranan raja-raja Melayu?
 OBJEKTIF KAJIAN
·         Mengenal pasti bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut konteks raja berperlembagaan.
·         Mengenali latar belakang raja-raja Melayu dengan lebih mendalam.
·         Mengetahui peranan raja-raja Melayu dengan lebih tepat dan jelas.


KEPENTINGAN KAJIAN
INDIVIDU
§  Dapat memahami peranan raja-raja Melayu dalam konteks raja berperlembagaan.

§  Dapat mendalami peranan majlis raja-raja sebagai satu badan yang menjaga dan menjalankan usaha mengekalkan institusi beraja dan memastikan supaya institusi raja kekal relevan.
MASYARAKAT
§  Dapat mengetahui institusi raja memberikan keseimbagan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja.

§  Dapat mendalami fungsi raja-raja sebagai satu asas yang penting dalam pembinaan sebuah negara yang berdaulat dan menjadi payung atau pelindung bagi rakyat jika berada dalam situasi rakyat disisih dan berlaku perpecahan.
NEGARA
§  Dapat mempelajari dan mengetahui funsi majlis raja-raja sebagai satu badan yang menggerakkan institusi beraja di Malaysia.

§  Dapat mengetahui bahawa Yang di-Pertua Agong merupakan simbol identiti Negara.
 
METODOLOGI KAJIAN
KAEDAH KEPUSTAKAAN
·         Merujuk daripada buku rujukan Sejarah Tingkatan 5 (Muka surat 118-120) .

·         Melayari internet untuk merujuk bahan berkaitan dengan tajuk tugasan.

·         Membaca buku teks Sejarah Tingkatan 5 serta secara online.
PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan majlis raja-raja Melayu menjadi titik tolak kepada Negara kerana kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini asalnya bermula daripada kebijaksaan raja-raja Melayu yang sebenarnya. Jika tidak menubuhkan majlis raja-raja Melayu, mesti Malaysia sudah tidak mempunyai sultan mahupun raja kerana telah lenyap institusi beraja tersebut. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai sultan atau raja yang dilihat sebagai simbol perpaduan di dalam negara.


 
 
 
 
 
 
     
 
 
 

 

 


Wednesday, 30 September 2015

PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA MALAYSIA.

  •  Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945.
  •  Jepun mengambil tindakan untuk menyerang negara-negara Asia yang kaya dengan bahan mentah bagi keperluan perindustrian dan ketenteraan.
  • Pemerintahan bercorakan ketenteraan.

Kedatangan Jepun.
 
• Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji pada tahun (1868-1912)
• Menekankan pemodenan dan perindustrian Jepun
• Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun
Faktor Perluasan Kuasa Jepun
  1.  Faktor Masalah Ekonomi Jepun
• memerlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah
• memerlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri
     2.   Faktor Sekatan Ekonomi

• Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kepada Jepun kerana Jepun menguasai China
• China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
• Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
• Serangan diketuai Jeneral Tojo
• Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
 
Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu.
 
1. Melalui Propaganda
• Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”
2.Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
• Strategi yang sangat berkesan
• Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru yang menggantikan British
Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
i. Melalui Kawasan utara di Thailand
• Tenteranya terus mara ke Jitra, Kedah
• Tentera berpecah dua, iaitu kepada: 
- Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
- Satu pasukan mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat
 
Cara Kemaraan Jepun
1. Menggunakan bot
• Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang
2. Menggunakan basikal
• Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
• mudah untuk melalui jalan sempit

3. Menggunakan kereta kebal
• menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang mudah dikendalikan

4. Menggunakan kapal terbang perang
-pelindung kepada tentera darat
 

 




Kesan Kemaraan Jepun di Tanah Melayu
i. Jepun menguasai Tanah Melayu
• Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
ii. Banyak berlaku kemusnahan
• Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
iii. Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu
• Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah Negara
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu
i. Perancangan awal perang
• Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati penduduk Tanah Melayu
• Jepun menjalankan perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk melancarkan serangan
ii. Kelengkapan perang tentera Jepun
• Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu
iii. Semangat tentera Jepun
• Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
iv. Taktik serangan Jepun
• Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura
vi. Kelemahan tentera British
• Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
 
vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
• KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
• KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
KESAN PENJAJAHAN JEPUN TERHADAP TANAH MELAYU
Sosial
-ramai pemuda terpaksa menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Kereta Api Maut
-penindasan terhadap orang cina
Ekonomi
-Tanah melayu mengalam kemerosotan ekonomi
-Nilai mata wang Negara turut jatuh dengan teruk
Politik
-Jepun telah melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan
-Pendudukan Jepun memberi kesedaran politik kepada masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan dengan menggunakan propaganda "Asia untuk Orang Asia'' 

Monday, 7 September 2015

Kemunculan blok dunia dan perang dingin.

  1. BLOK DUNIA :
  • Merupakan usaha negara-negara yang sehaluan untuk bersatu dan bertindak secara bersama demi menjaga  kepentingan ahli.
  • Blok ini wujud dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik,ekonomi, ataupun geografi.
  • Blok dunia terbentuk semasa Perang Dingin bersaskan kepada faktor geografi dan politik (geopilitik).

     2.  PERANG DINGIN :
  • Berlaku antara Amerika Syarikat (blok kapitalis) dengan Soviet Union (blok komunis).
  • Bermula sejak tamatnya Perang Dunia kedua hingga tahun 1989 apabila sistem komunis Soviet Union hancur. 
  • Muncul disebabkan perbezaan ideologi dan fahaman politik. 
  • Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata.
  • Kedua-dua blok membuktikan kekuatan masing-masing.
  • berusaha menyebarkan pengaruh melalui propaganda, bantuan ekonomi, dan juga ketenteraan.
  • Akhir sekali, mempengaruhi Negara-Negara Dunia Ketiga dengan menawarkan bantuan pertahanan, perlindungan dan ekonomi. 
    3. PERBANDINGAN ANTARA BLOK KOMUNIS DENGA BLOK KAPITALIS :

        
Blok Komunis

Blok Kapitalis
•Diktator
•Demokratik.
•Hanya Parti Komunis diiktiraf politik
•Banyak parti dan sistem 


•Perniagaan dimiliki dan 
•Peluang perniagaan dan 
diuruskan oleh kerajaan.  ekonomi pemilikan harta persendirian.


• Kebebasan individu 

•Kebebasan individu
dilindungi dan dikawal. 

sepenuhnya. 
 sosial

Sunday, 23 August 2015

Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi menyusun Perlembagaan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord William Reid. Ahli Suruhanjaya Reid yang lain ialah Sir Ivor Jennings( England), Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral Australia), Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India), dan Tuan Abdul Hamid (Pakistan).

> Sesebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri.

> Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu.

> Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain.

> Institusi raja-raja Melayu dan konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.

> Bahasa Melayu dijadiakan bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun bahasa Cina dan tamil boleh dikembangkan dan menjadi bahasa penghantar di sekolah masing-masing.

> Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan. Walau bagaimanapun, agama lain masih boleh diteruskan.

Sunday, 16 August 2015

SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA KU TERCINTA

 
SEJARAH KEMERDEKAAN  NEGARA MALAYSIA

 
Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.
Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 – 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.
Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.
Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.
 
 
 
 ANTARA CONTOH TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN   NEGARA
 1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
 
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku – Bapa Kemerdekaan.
 
 
 2. TUN SIR HENRY H.S LEE
 
Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.
 
 
 3. TUN V.T. SAMBANTHAN
 
Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.
                                
4. RENTAP
 
Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.
 
 
                                             
 
5. MAT SALLEH
 
 Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan
  
6.TOK JANGGUT
 
Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
 
                                      
  7. MAT KILAU
 
 Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.
 
 
 
                                           
8. DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM
 
Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British di Perak dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.                                               
 
 
  9. TOK GAJAH

 Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.
Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan.
Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
 
 
 
 

Friday, 7 August 2015

TEKAN  CLICK UNTUK MENDENGAR LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA : NEGARAKU



Wednesday, 29 July 2015

INI ADALAH LIRIK LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA, YANG BERTAJUK 'NEGARAKU' :
   
' LAGU NEGARAKU '


Negaraku, 

Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup bersatu dan maju, 

Rahmat Bahagia, 

Tuhan Kurniakan, 

Raja kita selamat bertakhta, 

Rahmat bahagia,

Tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertakhta. 

KENEGARAAN


LAGU KEBANGSAAN 

 - Sebelum merdeka, lagu kebangsaan Malaysia ialah lagu kebangsaan British, iaitu God save the        Queen . 

 - Lagu kebangsaan negara kita ialah Negaraku yang dicipta pada tahun 1957.
 - Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim. 
 - Upacara pimilihan lagu kebangsaan berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur .
 - Pasukan Pancaragam Polis Diraja telah memperkenalkan 40 buah lagu.
 - Lagu kebangsaan Negeri Perak iaitu Lagu Terang Bulan dipilih kerana mempunyai unsur    kemelayuan .
 -Majlis Raja-Raja Melayu telah memperkenalkan pemilihan lagu kebangsaan Perak sebagai lagu  kebangsaan Malaysia. 
 - Lirik lagu kebangsaan telah digubal oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan daripada lagu Terang  Bulan. Lirik lagu kebangsaan mencerminkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada  negara. 
 - Secara tidak langsung, dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri rakyat jelata .
 - Seni kata lagu kebangsaan menuntut kita bersyukur, taat kepada raja, dan sanggup berkorban demi  mempertahankan negara tercinta. 
 - Lagu kebangsaan meniumbulkan semangat cinta akan negara serta membangkitkan semangat yang  kuat terhadap negara.