- Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945.
- Jepun mengambil tindakan untuk menyerang negara-negara Asia yang kaya dengan bahan mentah bagi keperluan perindustrian dan ketenteraan.
- Pemerintahan bercorakan ketenteraan.
Kedatangan Jepun.
• Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji pada tahun (1868-1912)
• Menekankan pemodenan dan perindustrian Jepun
• Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun
Faktor Perluasan Kuasa Jepun
- Faktor Masalah Ekonomi Jepun
• memerlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah
• memerlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri
• Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kepada Jepun kerana Jepun menguasai China
• China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
• Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
• Serangan diketuai Jeneral Tojo
• Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu.
1. Melalui Propaganda
• Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”
2.Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
• Strategi yang sangat berkesan
• Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru yang menggantikan British
Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
i. Melalui Kawasan utara di Thailand
• Tenteranya terus mara ke Jitra, Kedah
• Tentera berpecah dua, iaitu kepada:
- Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
- Satu pasukan mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat
Cara Kemaraan Jepun
1. Menggunakan bot
• Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang
2. Menggunakan basikal
• Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
• mudah untuk melalui jalan sempit3. Menggunakan kereta kebal
• menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang mudah dikendalikan
4. Menggunakan kapal terbang perang
-pelindung kepada tentera darat
Kesan Kemaraan Jepun di Tanah Melayu
i. Jepun menguasai Tanah Melayu
• Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
ii. Banyak berlaku kemusnahan
• Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
iii. Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu
• Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah Negara
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu
i. Perancangan awal perang
• Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati penduduk Tanah Melayu
• Jepun menjalankan perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk melancarkan serangan
ii. Kelengkapan perang tentera Jepun
• Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu
iii. Semangat tentera Jepun
• Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
iv. Taktik serangan Jepun
• Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura
• Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
• KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
• KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
KESAN PENJAJAHAN JEPUN TERHADAP TANAH MELAYU
Sosial
-ramai pemuda terpaksa menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Kereta Api Maut
-penindasan terhadap orang cina
Ekonomi
-Tanah melayu mengalam kemerosotan ekonomi
-Nilai mata wang Negara turut jatuh dengan teruk
Politik
-Jepun telah melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan
-Pendudukan Jepun memberi kesedaran politik kepada masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan dengan menggunakan propaganda "Asia untuk Orang Asia''